KTMD
Syarat-Syarat Pengeposan (Stesen ke UniStorage Puchong)
1) Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Pengeposan Motosikal atau Basikal dari Stesen ke UniStorage, Puchong?
Maksud perkhidmatan pengeposan Motorsikal dan Basikal yang ditawarkan oleh UniStorage untuk menghantar Motorsikal dan Basikal dari mana-mana stesen KTMD dan UniStorage yang dipilih dan penghantaran terus ke stesen UniStorage Puchong, 48100 Selangor.
2) Bagaimanakah pelanggan berurusan untuk membuat tempahan Perkhidmatan Pengeposan Motosikal atau Basikal Stesen-ke-UniStorage, Puchong?
Pelanggan PERLU memaklumkan kepada pihak kami sebelum mengantar di mana-mana stesen KTMD atau mana-mana stesen pilihan dengan melalui emel kepada moto@unistorage.com.my selewat-lewatnya 2 hari bekerja. Antara maklumat yang perlu dimaklumkan adalah seperti di bawah:-
i. Stesen yang di pilih;
ii. Tarikh hantaran ke stesen;
iii. No. Pendafataran Kenderaan;
iv. Jenis (cc);
v. Nama, Alamat & No. telefon Pengirim;
vi. Nama, Stesen & No. telefon Penerima;
Pihak UniStorage akan menghubungi anda sekiranya menerima tempahan melalui emel atau laman sesawang.
3) Apakah dokumen yang perlu oleh pelanggan untuk menikmati Perkhidmatan Motosikal ini?
Pelanggan PERLU membawa salinan dokumen seperti di bawah semasa berurusan di kaunter pengeposan;
i. Salinan geran motosikal;
ii. Salinan IC pengirim;
iii. Salinan kad pelajar yang masih sahlaku
4) Apakah tanggungjawab pelanggan semasa proses pengeposan Motosikal di dalam stesen?
Pelanggan PERLU memaklumkan kepada kakitangan stesen berkenaan mengenai pengeposan ke dalam kampus melalui UniStorage. Sila rujuk emel yang dimaklumkan sebelum ini kepada stesen tersebut. Pelanggan perlu mengisi borang pengeposan dengan lengkap beserta nombor telefon dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan.
5) Apakah sebab Motorsikal tidak dihantar ke kampus?
Sekiranya pelanggan tidak memaklumkan kepada pihak UniStorage terlebih dahulu tentang pengeposan Motorsikal ke dalam kampus melalui emel terlebih dahulu, maka UniStorage tidak bertanggungjawab tentang aktiviti tersebut.
6) Apakah perlu pelanggan perlu pembungkusan?
Pelanggan dinasihatkan supaya memastikan motosikal dibalut sempurna terutama pada bahagian-bahagian yang berisiko untuk calar, kemek atau patah.
7) Bolehkah pembayaran ini dilakukan?
Pelanggan dibenarkan membuat pembayaran di mana-mana stesen pengeposan
8) Berapakah harga untuk pengeposan biasa bagi motosikal di dalam Semenanjung Malaysia?
Harga pengeposan biasa bagi motosikal/basikal di dalam Semenanjung Malaysia bagi Pengeposan Stesen-ke_UniStorage, Puchong adalah mengikut cc dan SST.
9) Bolehkah Pelanggan menghantar motosikal roda tiga di dalam Semenanjung Malaysia?
Boleh. Harga pengeposan bagi motosikal roda tiga di dalam Semenanjung Malaysia adalah dua kali ganda dari harga berdasarkan kategori cc motosikal tersebut.
10) Apakah Pelanggan boleh menuntut gantirugi/pampasan sekiranya motorsikal yang dibuat pengeposan didapati rosak atau hilang?
UniStorage bersedia membantu membayar gantirugi/pampasan ke atas sebarang kerosaka atau kehilangan pada pengeposan motosikal sekiranya disahkan berlaku akibat kecuaian pihak pengendali atau ejen penghantar. Mengikut Terma & Syarat Perkhidmatan, jumlah gantirugi/pampasan yang ditanggung oleh pihak pengendali atau ejen penghantar adalah mengikut nilai kerosakan/kehilangan sebenar atau tidak melebihi dari caj pengeposan yang dibayar semasa pengeposan motosikal (yang mana lebih rendah).
11) Sekiranya pelanggan ingin membuat penghantaran aksesori motor (cermin sisi, dll) dan topi keledar, bolehkah pelanggan sertakan bersama semasa pengeposan motosikal?
Tidak boleh. Pelanggan mestilah membuat pengeposan secara berasingan dan mengikut amalan biasa pengeposan.
12) Berapa lamakah tempoh penghantaran (ETD) motosikal?
Tempoh penghantaran stesen-ke-UniStorage, Puchong adalah minimum 7 hari bekerja dari tarikh pengeposan.
13) Sekiranya motosikal telah sampai ke kampus destinasi, adakah pihak UniStorage akan memaklumkan/menghubungi pelanggan?
Ya. Pihak UniStorage akan menghubungi pelanggan untuk memaklumkan kepada pelanggan untuk mengambil motosikal di Stesen UniStorage destinasi.
